Kami menyeru supaya
Kerajaan memperbaiki kecekapan untuk menghapuskan nyamuk Aedes dalam
negara dengan pembasmian tapak-tapak membiakkan nyamuk seperti
longgokan tayar lama di tanah rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB) di
Taman Intan Baiduri Kenyataan oleh Dr Tan Seng Giaw (Kuala Lumpur, Ahad): Virus denggi adalah dibawa oleh nyamuk Aedes. Terdapat banyak tapak membiakkan Aedes dalam tanahair. Kerajaan-kerajaan tempatan seumpama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap para pesalah yang membolehkan Aedes peridi. Bagaimanapun, mereka mestilah mempertingkatkan efisiensi tindakannya. Sementara itu, rakyat patutlah bekerjasama. Misalnya, kira-kira sebulan lalu, tanah lapang voltan tinggi TNB di persimpangan Jalan Intan Baiduri 1C dan Jalan Taman Intan Baiduri telah dipagarkan dengan kepingan zink. Para penduduk menyaksikan longgokan tayar lama yang sesuai sekali untuk Aedes betelur. Mereka adalah terkejut dengan serangga itu bertambah banyak. Ketika bilangan kes denggi melambung, nyamuk ini adalah berbahaya. Selepas insiden denggi naik, kita menunggu pengumuman Menteri Kesihatan mengenai bilangan kes. Kes yang dilaporkan adalah sangat berbeza dengan kes yang disahkan. Orang awam mestilah sentiasa mengambil berat terhadap langkah-langkah pencegahan Aedes. Sejak 1999, yang maut kerana penyakit itu adalah lebih 351 orang. Media melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran akan mengadakan kempen anti-Aedes pada 5 Februari, 2005 di sekolah-sekolah seluruh negara. Pada 2004, 9,000 dari 33,000 kes denggi yang dilaporkan adalah pelajar. Semua Jabatan Pelajaran telah diajak mengemukakan senarai sekolah yang didenda disebabkan berkembangnya Aedes di pekarangan sekolah kepada kementeriannya. Walaupun munasabah untuk mengadakan kempen anti-Aedes di sekolah, adalah juga pentingnya bagi Kerajaan memperelokkan langkah-langkahnya di tapak-tapak pembiakan Aedes di lain-lain tempat semacam tapak-tapak pembinaan dan setengah tanah TNB. Yang salah haruslah dihukum. Tiga minggu yang lepas, kami telah memberitahu DBKL dan TNB darihal longgokan tayar tersebut. Tayar menakung air hujan. Seekor Aedes betina memerlukan hanya satu sudu teh (5 ml) air jernih untuk bertelur 60 biji yang menjadi nyamuk dalam 5 hingga 7 hari. Jika 1,000 ekor nyamuk betelor, betambahlah 60,000 nyamuk dalam seminggu. DBKL dan TNB telah menghantar merinyu ke tapak tersebut. Tetapi, para penghuni tidak puas hati. Mereka mengesyaki adanya kecurangan seperti terdapat minyak pelincir di setengah tayar untuk menunjukkan ketiadaan nyamuk. TNB mengeluarkan permitnya hanya untuk penanaman sayur-sayuran dan semaian pokok, bukan untuk longgokan tayar. TNB mempunyai banyak tanah lapang di selurh negara. Bila mengizinkan orang menggunakan tanah itu , ia menyenaraikan lebih 20 syarat untuk setiap permit. Berapa pemegang permit mematuhi syarat-syarat ini? Apakah kriteria untuk permit? Terdapat syak wasangka khalayak ramai tentang kegiatan semacam ini. TNB mestilah menghilangkan syak wasangka ini. (30/1/2005) * Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong |