http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
ULASAN KE ATAS LAPORAN TAMBAHAN  EIA (ADDITIONAL EIA REPORT) BAGI CADANGAN PROJEK INSINERATOR DI KAWASAN TADAHAN AIR BROGA
 

Memorandum kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
oleh Ronnie Liu

(Petaling Jaya, Selasa):

 

Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar,
Aras 3-7, Blok C4, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 Putrajaya.

 

Ronnie Liu Tian Khiew
11A SS23/6B Taman SEA,
47400 Petaling Jaya, Selangor
[email protected]
HP: 012- 201 3656
Fax:03-7803 6163:

ULASAN KE ATAS LAPORAN TAMBAHAN  EIA (ADDITIONAL EIA REPORT) BAGI CADANGAN PROJEK INSINERATOR DI KAWASAN TADAHAN AIR BROGA

Tapak insinerator terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan Universiti Nottingham. Seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, oleh kerana Insinerator bersekil besar adalah jenis bersepadu di mana sisa pepejal dan sisa-sisa berjadual (toksid) diproses, Insinerator ini perlu ditempatkan jauh daripada orang awam. Jarak perlulah sekurang-kurang 50 km radius tetapi mengikut Laporan EIA, jaraknya hanya lebih kurang 2 km sahaja dari kawasan perumahan. Justeru itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar TIDAK BOLEH meluluskan tapak yang dicadangkan.

Oleh kerana tiada pusat pelupusan sampah (Landfill) di kawasan berhampiran projek insinerator untuk melupus abu-abu yang bertoksid (Toxic Fly Ash), maka beratus-ratus ton abu bertoksid setiap hari akan dihantarkan ke tempat lain untuk dilupuskan. Abu-abu yang mengandungi berbagai jumlah logam berat dan organic jejak termasuk Dioksin akan membahayakan kesihatan rakyat semasa ia dibawa keluar. Keadaan akan menjadi lebih serius lagi apabila berlaku kemalangan dalam perjalanan. Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar TIDAK BOLEH meluluskan tapak yang dicadangkan.

Tapak insinerator yang baru masih di dalam kawasan tadahan air iaitu di antara Sg Saringgit dan Sg Rinching dan kedua-kedua sungai ini adalah anak Sg Semenyih yang membekalkan air minuman kepada lebih daripada 1.5 juta penduduk di sekitar Lembah Kelang dan Selangor. 

Mengikut Laporan Air yang dikeluarkan oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd (Loji Pembersihan Air Sg Semenyih) pada 8 Mac 2005. Kualiti air mentah dari Sg Semenyih telah menurun dan airnya bertukar kepada warna hitam akibat pencemaran. Mengikut laporan tersebut, salah satu punca pencemaran yang utama ialah kerana tapak pelupusan sampah di Kampung Sg Kembong Bangi terlalu hampir dengan tebing Sungai Beranang dan ini telah menyebabkan aliran air sampah (leachate) yang mengandungi kepekatan ammonia nitrogen yang tinggi telah mengalir ke Sg Semenyih. Sekiranya projek Insinerator dibina di tepi anak Sg Semenyih, (Sg Saringgit dan Sg Rinching) maka Sg Semenyih akan dicemar sepanjang tahun. Ini bukan sahaja membawa kemusnahan kepada alam sekitar, ia juga akan memberi kesan yang negatif kepada 1.5 juta penduduk di Negeri Selangor.

“Water for life dan air adalah hak kita semua”.

Jabatan Alam Sekitar harus memahami kepentingan sungai sebagai sumber air minuman kepada penduduk. Untuk melindungi kawasan tadahan air tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar TIDAK BOLEH meluluskan tapak yang dicadangkan.

Kami juga merujuk kepada janji Puan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar semasa penerangan kepada ketua-ketua kampung di Semenyih iaitu sekiranya kawasan projek insinerator adalah kawasan tadahan air, beliau adalah orang pertama yang akan membatalkan projek tersebut. Di samping itu, Menteri Besar Selangor juga telah berjanji bahawa kerajaan negeri tidak pernah membenarkan sebarang pembangunan di kawasan tadahan air. Oleh itu, kami menyeru Puan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan Menteri Besar Selangor menunaikan janji mereka memandangkan laporan EIA telah jelas menunjukkan tapak insinerator yang dicadangkan adalah kawasan tadahan air.

Tidak kira projek ini pindah ke mana, ia tetap akan melepaskan berbagai jenis gas semasa loji beroperasi. Gas-gas ini bukan sahaja merosakkan alam sekitar, ia juga akan membahayakan kesihatan manusia. Mengikut penilaian kualiti udara yang dilaporkan dalam Laporan DEIA yang lepas, gas-gas yang lepas dari loji akan memburukkan sistem pernafasan manusia dan akan menyebabkan kerosakan paru-paru yang teruk, sakit lelah, kelahiran anak cacat, pemandulan dan sebagainya.  Manakala pelepasan diosin pula dikenalpasti akan membawa berbagai jenis barah (Kanser) seperti barah testis, prostat dan buah dada. Apabila operasi tidak normal, berpotensi meningkatkan resiko kepada kesihatan manusia

Tapak insinerator berada dalam kawasan pertanian (Agriculture Land) di mana ia merupakan tempat cari rezeki oleh penduduk-penduduk tempatan. Untuk maklumat Puan, kebanyakan penduduk kampung sini kurang berpelajaran. Oleh itu, menoreh getah dan kerja pertanian seperti berkebun sayur, menternak ayam / ikan dan berkebun buah-buahan adalah satu-satu kemahiran mereka dan pendapatan (Income) mereka adalah di antara RM300 – RM600 sehari. Sekiranya projek ini dilaksanakan di sini, penduduk - penduduk Broga akan kehilangan kerja dan pendapatan harian mereka dan ini turut akan menggangu kehidupan mereka. Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar TIDAK BOLEH meluluskan tapak yang dicadangkan.

Pembinaan insinerator ini masih di sebahagian kawasan cerun yang melebihi 25 darjah. Ini adalah bercanggah dengan pengumuman kabinet untuk memberhentikan pembangunan di kawasan cerun yang melebihi 25 darjah. Justeru itu, Jabatan Alam Sekitar TIDAK BOLEH meluluskan tapak yang dicadangkan.

Kami mahu pembangunan tetapi kami TIDAK mahu projek yang begitu bahaya kepada alam sekitar dan manusia. 

Kami juga mendapati bahawa kos cara pembakaran dengan insinerator terlalu tinggi jika dibandingkan dengan cara tradisional yang lain (lebih kurang RM240/ton Vs RM 24/ton). Kerajaan dan Rakyat Malaysia tidak dapat menanggung beban begitu berat untuk masa jangka panjang. :

Sekian, kami berharap Jabatan Alam Sekitar akan utamakan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Yang benar,

_________________________________________

Ronnie Liu Tian Khiew
DAP NGO Bureau Chief :
DAP Malaysia Central Executive Committee Member
DAP Selangor State Committee Member

 

(10/01/2006)


 

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: