http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Jawapan bertulis daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkejaan – Notis larangan dikeluarkan.

 


Kenyataan Akhbar
Oleh Lau Weng San

(Puchong, Jumaat): Berkenaan dengan isu kren menara yang disyaki tidak selamat di Puchong, saya telah menerima satu maklum balas bertulis daripada Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (JKKP) Negeri Selangor Ir Mphtar Musri pada 13hb Januari 2006 bahawa jabatannya telah menjalankan siasatan ke atas kren menara yang dipercayai mengugat keselamatan orang ramai di Puchong Batu 14 setelah menerima aduan saya pada 3hb Januari 2006.

JKKP dengan itu telah mengeluarkan satu notis larangan kepada kontractor P & N Construction Sdn. Bhd supaya berhenti daripada terus mengguna kren menara sementara mengarah kontraktor berkenaan untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan supaya operasi kren tersebut tidak mengugat keselamatan orang ramai.

Tindakan-tindakan proaktif daripada JKKP Selangor untuk melindungi keselamatan orang ramai patut disambut baik.

Sementara itu, pengurus projek kondomonium ini, iaitu Lingkaran unit development Sdn. Bhd telah menyatakan bahawa mereka telah “mengambil langkah-langkah keselamatan tertentu untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku” dan menyatakan bahawa mereka telah “bertemu dan memberi taklimat” kepada penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga yang terjejas.

Kontrator yang terlibat pula dalam satu temuramah dengan Nanyang Siang Pao (diterbitkan pada 12hb Januari 2006, Nanyang Metro) telah menyatakan bahawa mereka akan juga menghantar orang untuk membersihkan longkang dan paip air yang tersumbat oleh polistirin yang berterbangan di sekitar tapak pembinaan berkenaan.

Sementara kenyataan-kenyataan daripada Pengurus Projek dan juga kontraktor ini disambut baik, satu taklimat yang lebih terperinci dan formal patut diadakan di antara pihak pemaju dengan penduduk-pemduduk dan peniaga-peniaga yang terlibat agar mereka dapat memahami dengan lebih lanjut lagi tentang langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak pemaju dan kontraktor.

Kami akan terus memerhati keadaan ini dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa kren menara ini tidak akan beroperasi sehingga JKKP Selangor berpuas hati dengan langkah berjaga-jaga uang telah diambil oleh kontraktor serta memastikan bahawa kren tersebut tidak akan melintasi ruang udara di luar tapak pembinaannya pada masa depan.

(20/01/2006)


* Lau Weng San, Setiausaha Penerangan DAP Selangor

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: