http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Laporan polis dibuat terhadap Abdul Razak Mohd Ghazali yang membuat laporan polis yang tidak tepat terhadap Ahli Parlimen untuk Seputeh, YB Teresa Kok.


Laporan Polis
oleh Lau Weng San

(Balai Polis Sentul, Rabu): Saya telah membuat satu laporan polis terhadap Razak Mohd Ghazali yang membuat laporan polis yang tidak tepat terhadap Ahli Parlimen untuk Seputeh, YB Teresa Kok.

Laporan polis yang dibuat oleh Abdul Razak Mohd Ghazali pada 23hb Januari 2006 antara lain menuduh YB Teresa Kok sebagai “menyimpan, mengedar dan menyebarkan bahan lucah (video) dengan menggunakan komputer riba kepada beberapa orang Ahli Parlimen dan kepada wartawan akhbar serta televisyen”.

Tuduhan ini bersama-sama dengan tuduhan liar lain adalah satu tindakan yang tidak wajar dan pihak polis perlu manjalankan siasatan terhadap tuduhan-tuduhan liar ini. Laporan saya adalah seperti di bawah:

Laporan Polis

Nama: Lau Weng San

No Kad Pengenalan: 780212-08-6759

Jantina: Lelaki

Alamat: No: 24, Jalan 20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya.

Jawatan: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).  

Saya membuat laporan polis dengan merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Abd Razak Bin Mohd Ghazali (No K/P: 680606-10-6259) pada 23 Januari 2006, nombor laporan polis: Sentul 001133/06.

Laporan polis itu menuduh YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh dengan tuduhan-tuduhan berikut:

i)                    menyimpan, mengedar dan menyebarkan bahan lucah (video) dengan menggunakan komputer riba kepada beberapa orang Ahli Parlimen dan kepada wartawan akhbar serta televisyen;

ii)                  menuduh YB Teresa Kok melakukan fitnah dengan menuduh wanita di dalam video tersebut adalah pelancong dari Negara China, tetapi hakikatnya wanita tersebut adalah rakyat tempatan berketurunan Melayu;

iii)                secara sengaja telah mengaibkan wanita di dalam video disiar kepada umum dan menjatuhkan maruah kaum wanita di Malaysia;

iv)                menuduh YB Teresa Kok merosakkan kredibiliti Pihak Polis DiRaja Malaysia;

v)                  merosakkan perpaduan dan integrasi antara kaum-kaum di negara ini;

vi)                mengeruhkan hubungan baik di antara Negeri China dan Malaysia;

vii)              merosakkan industri perlancongan kerana menimbulkan ketakutan di kalangan pelancong dari Negeri China ke negara ini;

viii)            menimbulkan suasana gempar di antara kerajaan dan rakyat, menimbulkan rasa tidak senang dan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan serta pihak Polis DiRaja Malaysia.

Kelip video yang ditunjukkan oleh YB Teresa Kok bukannya video lucah tetapi ia adalah kelip video yang membayangkan kesengsaraan dan kepahitan seseorang tahanan wanita yang dipaksa untuk berbogel badan dan membuat ketuk-ketambi di hadapan seorang polis wanita. Perbuatan polis yang tidak perikemanusiaan dan bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia ini telah mengejutkan kerajaan dan masyarakat umum sehingga kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan mengkaji prosedur polis sebegini. Jadi tuduhan Abdul Razak bin Mohd Ghazali di atas adalah amat tidak berasas.   

Selain itu, laporan polis Abdul Razak bin Mohd Ghazali juga merupakan penghinaan terhadap kebijaksanaan YAB Perdana Menteri dan kabinet yang telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu ketuk-ketambi di balai polis sebagaimana yang ditunjukkan dalam kelip video berkenaan. Sehubungan dengan itu, laporan polis Abdul Razak juga menunjukkan penghinaan terhadap Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan dan ditauliahkan oleh YDP Agong.

YB Teresa Kok telah banyak kali menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mendakwa wanita dalam kelip video itu adalah pelancong dari Negeri China, tetapi sebaliknya beliau selalu berkata kepada media bahawa beliau tidak kenal wanita dalam kelip video tersebut. Apa yang beliau kata ialah ketuk-ketambi yang dilakukan oleh wanita dalam kelip video itu adalah sama dengan tuduhan 4 warga China yang ditahan oleh polis pada 3 November 2005, jadi laporan polis yang dibuat oleh Abdul Razak bin Mohd Ghazali telah memutar-belitkan fakta dan penuh muslihat jahat.  

YB Teresa Kok hanya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat. Beliau akan dilihat gagal dari segi menjalankan tugasnya sekiranya beliau tidak mendedahkan kelip video berkenaan kepada media dan Ahli Parlimen, termasuk Menteri di kabinet di Bangunan Parlimen.

Kesemua tuduhan yang tertulis dalam laporan polis Abdul Razak bin Mohd Ghazali bukan sahaja penuh dengan maklumat palsu, tetapi ia juga bertujuan untuk merosakkan namabaik YB Teresa Kok. Perbuatannya telah bersabit kesalahan seksyen 182 dan seksyen 499 dan 500 dalam Kanun Keseksaan, dan juga seksyen 8A dalam Akta Cetakan (Printing Presses and Publication Act), jadi saya minta polis untuk menjalankan siasatan terhadap tingkahlaku beliau. Sekian laporan saya.

 

(25/01/2006)


* Lau Weng San, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAPSY

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: