http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Bantahan Terhadap Kenaikan Tarif Air Negeri Perak Darul Ridzuan – 5 Kenaikan Harga oleh Kerajaan Dalam 7 bulan, Tahun 2006
 


Memorandum

kepada YAB Menteri Besar Negeri Perak


(Perak, Jumaat):

 

Memorandum oleh DAP Kawasan Parlimen  Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Dewan Undangan Negeri Kawasan Sitiawan,Keranji dan Menglembu kepada YAB Menteri Besar Negeri Perak pada 1.6.2006 di Ipoh

 

YAB Dato’ Seri DiRaja (Dr) Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali

Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan

Pejabat YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Aras 2 Bangunan Perak Darul Ridzuan

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

30000 Ipoh

 

YAB Menteri Besar,

 

Bantahan Terhadap Kenaikan Tarif Air Negeri Perak Darul Ridzuan – 5 Kenaikan Harga oleh Kerajaan Dalam 7 bulan, Tahun 2006

===============================================

 

Pengumuman oleh YAB Menteri Besar pada 30.5.2006 berkenaan kenaikan tarif air bagi Negeri Perak pada bulan Julai ini sebanyak 15% adalah amat mengecewakan.

 

Penduduk-penduduk di Negeri Perak masih di dalam keadaan cuba untuk menyesuaikan diri dan mengubah gaya hidup mereka ekoran daripada kenaikan harga petrol pada bulan Februari yang lalu.  Kesalnya, kini pula, mereka dibebani dengan kenaikan tarif elektrik dan  air.

 

YAB Menteri Besar pernah membuat kenyataan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak bahawa selagi YAB adalah Menteri Besar Negeri Perak, tarif air tidak akan dinaikkan.  Mengapakah YAB kini memungkiri janji?

 

Kami dengan ini ingin menyampaikan  alasan mengapa tarif air di Negeri Perak tidak patut dinaikkan oleh YAB Menteri Besar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Air Negeri Perak iaitu :- Penduduk-penduduk di Negeri Perak telah dibebankan dengan 5 Kenaikan Harga oleh Kerajaan dalam 7 bulan tahun 2006, iaitu:-

 

Satu:  Kenaikan Tarif Air

 

Seperti yang dilaporkan, YAB Menteri Besar ada  menyatakan bahawa Lembaga Air Perak (LAP) mencatatkan keuntungan sebanyak RM 54 juta bagi tahun lalu.  Dengan kenaikan tarif air pada bulan Julai ini sebanyak 15%, LAP akan memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM 20 juta setahun.

 

Tambahan YAB, turut dilaporkan menyatakan bahawa Lembaga Air Perak mampu tidak perlu untuk menaikkan tariff air tetapi disebabkan oleh corporatisation, ia perlu untuk berbuat demikian.

 

YAB Menteri Besar dilaporkan berkata sedemikian (The Star, 30.6.2006)

 

“We have to increase the tariffs as everything is going up.  If not for the changes in policy of the Federal Government, and also because we were asked to corporatise, we would not go for corporatisation.”

 

“In fact, we don’t have to increase the tariffs (But) we need about RM 15 mil if we are going to corporatise,”

 

Persoalan-persoalan yang timbul adalah:-

 

a)    Mengapakan Kerajaan Nengeri Perak bersetuju dengan corporatisation, yang merupakan satu terma lain bagi penswastaan.

 

b)    Mengapakah Kerajaan Negeri tidak berani untuk menolak cadangan Kerajaan Persekutuan untuk corporatisation bagi melindungi kepentingan dan faedah penduduk Negeri Perak? 

 

 

YAB Menteri Besar adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga kepentingan, faedah dan kebajikan penduduk Negeri Perak.  Malaysia adalah sebuah Negara berperlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah berhak untuk menolak sebarang keputusan daripada Kerajaan Persekutuan  yang menjejaskan kepentingan Kerajaan Negeri.

 

c)     Mengapakah corporatisation yang dicadangkan tersebut memakan belanja yang begitu banyak sehingga LAP perlu menaikkan tarif air?  Keuntungan yang diperolehi oleh LAP sebelum ini, di manakah ia telah dibelanjakan?

 

d)    Memandangkan non revenue water seperti kebocoran dan kecurian air telah mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM 7 juta setahun, apakah langkah bagi mengurangkan kos yang tinggi ini bagi mengelakkan kenaikan tarif air?

 

Dua:  Kenaikan Cukai Tanah Negeri Perak

 

Kerajaan Negeri pada awal bulan Januari 2006 ini, telah  menyemak semula cukai tanah bagi tanah di Negeri Perak.  Walaupun pihak berkuasa negeri dilaporkan menyatakan bahawa kenaikan cukai tanah adalah minimum dan puratanya lebih kurang 22% daripada cukai asal yang kena dibayar oleh penduduk, ia adalah tidak benar.

 

Sebagai contoh,di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat.  Sebelum ini, cukai yang dikenakan ke atas sekeping tanah bagi tujuan kediaman di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat ialah RM 40 tanpa mengambilkira keluasannya.

 

Akan tetapi, mulai 1 hb Januari, 2006 ini, cukai tanah yang dikenakan di Kampung Baru bagi tujuan kediaman ini adalah berdasarkan keluasannya iaitu 0.20 bagi satu (1) meter persegi tertakluk kepada cukai minimum RM 60 dan cukai maksimum RM 170 bagi satu hakmilik setahun.

Dilampirkan dua bil cukai tanah oleh penduduk-penduduk di Kampung Baru Bukit Merah bagi tahun 2005 dan 2006 untuk perbandingan YAB.

 

Tiga:  Kenaikan Tarif Elektrik
 

Penduduk-penduduk di Negeri Perak turut dibebani dengan kenaikan tarif  TNB sebanyak 12% yang bermula pada 1.6.2006 ini.

    a)  TNB yang mengaut keuntungan melebihi RM 1 billion untuk                 tahun 2005 dan juga dijangka untuk tahun 2006, tidak                     sepatutnya menaikkan tarif yang jelas membebankan rakyat jelata kerana kenaikan ini akan memberi kesan sampingan yang menjejaskan ekonomi rakyat jelata;

            b)  Kenaikan tariff  TNB ini adalah semata-mata untuk melindungi IPPs yang membekalkan tenaga elektrik kepada TNB. Kenaikan tarif TNB ini akan mendatangkan dan/atau meningkatkan pendapatan “revenue” TNB sebanyak RM 1.5 billion setahun yang akan digunakan untuk membayar IPPs (Independent Power Producers) yang membekalkan tenaga elektrik kepada TNB.

            c) TNB seharusnya mengurangkan “reserve margin” daripada 40% sehingga 16% (menurut piawai antarabangsa adalah 15% - 20%) yang jelas menunjukkan satu pembaziran di mana kuasa-kuasa elektrik yang dijanakan oleh IPPs terpaksa di tanggung oleh TNB sebanyak RM2.5 billion – RM 3.3 billion setiap tahun. Sekiranya TNB berbuat demikian, hasil daripada pengurangan “reserve margin” ini, TNB tidak perlu menaikan tarif TNB dan ini akan menguntungkan rakyat jelata.

            d) Kenaikan tarif TNB akan menyebabkan kenaikan harga barangan, keperluan asas dan perkhidmatan. Rakyat jelata masih merasai kesan kenaikan harga barangan keperluan akibat kenaikan harga petrol baru-baru ini. Kesan kenaikan ini adalah paling di rasai oleh golongan yang berpendapatan rendah dan kenaikan tarif TNB ini akan memberi kesan sampingan negatif dan akibat membebankan golongan ini.

 

Empat:  Kenaikan oleh Pos Malaysia

Pada bulan Januari yang lalu, Pos Malaysia turut telah menaikkan caj bagi kirimannya dengan alasan pengkelasan semula produk-produk melnya.

 

Sebagai contoh, pengiriman surat biasa jika tidak menggunakan sampul jenis (mel standard) yang disyaratkan akan dikenakan RM0.50 sen bagi berat di bawah 50 gram, yang sebelum ini dikenakan RM 0.30 sahaja.

 

Lima:  Kenaikan Petrol, Diesel dan Gas

 

Sejak kenaikan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram pada bulan Feblurari yang lalu oleh Kerajaan Persekutuan, penduduk-penduduk Negeri Perak turut tidak terkecuali daripada kenaikan beban tanggungan mereka.

 

Ketika harga minyak dinaikkan , Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah  Ahmad Badawi  berkata bahawa kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga barangan yang terlalu tinggi hingga boleh membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

 

Tambahan, beliau turut memberi jaminan bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan lagi bagi tahun ini agar orangramai tidak akan dibebankan. 

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pula menyeru orangramai mengubah gaya hidup, berhemah , berjimat cermat serta tidak membazir ekoran kenaikan harga minyak, diesel dan petrol tersebut.

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu turut menjamin bahawa kadar tol bagi semua lebuhraya tidak akan dinaikkan bagi tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal pula memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga barangan.

Kesemua jaminan di atas yang diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah untuk memastikan penduduk-penduduknya tidak dibebani lagi dengan kenaikan harga.

Tindakan menaikkan tarif air Negeri Perak adalah bercanggah dengan jaminan YAB Perdana Menteri dan pucuk pimpinan Barisan Nasional

Akhirnya, satu lagi alasan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar untuk menjustifikasikan kenaikan tarif air adalah bahawa ia  tidak dinaikkan sejak tahun 1991 adalah tidak boleh terima.

 

Air merupakan keperluan asas dan LAP mempunyai tanggungjawab sosial kepada penduduk-penduduk Negeri Perak.  LAP tidak patut beroperasi seperti sebuah syarikat yang mementingkan keuntungan.  LAP adalah salah satu daripada 4 buah negeri yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil di dalam pengurusan air. 

 

Kemampuan LAP mencapai keuntungan sebanyak RM 54 juta bagi tahun lalu sepatutnya membolehkan penduduk Negeri Perak berterusan menikmati caj tarif air yang lebih rendah.

 

Tarikbalik Keputusan Menaikan Tarif Air Negeri Perak atau Letak Jawatan

Oleh itu, DAP mewakili pengundi-pengundi di Kawasan masing-masing  membantah kenaikan tarif air Negeri Perak dengan sekeras-kerasnya.

 

YAB Menteri Besar patut menarikbalik keputusan tersebut dengan serta-merta bagi meringankan beban hidup penduduk Negeri Perak.  Kenaikan tarif air ini adalah bertentangan dengan pembangunan ekonomi masyarakat Negeri Perak. (society economic interest)

 

Jika ia tidak ditarikbalik, Ahli  EXCO Negeri Perak dan LAP telah jelas gagal memerlihara kepentingan dan kebajikan penduduk-penduduk Negeri Perak dan patut meletak jawatan bagi memberi laluan mengadakan satu pilihanraya.

 

oleh,
DAP Kawasan Parlimen  Ipoh Timur
Ipoh Barat, Batu Gajah
Dewan Undangan Negeri Kawasan Sitiawan
Keranji dan Menglembu
 

(01/06/2006)


* DAP Kawasan Parlimen  Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Dewan Undangan Negeri Kawasan Sitiawan, Keranji dan Menglembu

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: