http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Kes ‘air busuk’ di Selangor – Kerajaan negeri perlu membentangkan satu Laporan Kulit Putih bagi menerangkan sebab-sebab pencemaran air serta tindakan-tindakan susulan yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana syarikat yang menyalahi undang-undang.


Kenyataan Akhbar
oleh Lau Weng San

(Petaling Jaya, Sabtu): Laporan akhbar Bahasa Inggeris Malay Mail muka surat ke-4 dan ke-6 serta Kosmo muka surat ke-2 hari ini melaporkan sebab-sebab baru punca ‘air busuk’ di Selangor.

Laporan muka surat ke-4 Malay Mail manyatakan bahawa tapal-tapak penyembelihan khinzir haram telah menyalurkan air sisa ke Sungai Selangor, sekaligus mencemarkan sungai tersebut sehingga menyebabkan bau busuk.

Laporanya pada muka surat ke-6 serta laporan akhbar Kosmo muka surat ke-2 pula menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyatakan pelerpasan sisa dari tapak pelususan sampah di Bukit Tagar, Hulu Selangor mungkin merupakan punca utama pencemaran Sungai Selangor sehingga bekalan air berbau busuk di Selangor. Beliau juga menyatakan bahawa masalah pencemaran Sungai Selangor timbul sejak tapak pelupusan sampah seluas 800 hektar itu mula beroperasi tahun lepas.

Akhbar New Strait Times pada hari Khamis melaporkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail menyatakan bahawa syarikatnya tiada kena-mengena dengan kualiti air bekalan. Beliau juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri yang sepatutnya menyiasat siapa sebenarnya yang mencemari Sungai Selangor.

Kenyataan-kenyataan ini telah menimbul persoalan terhadap siapa yang bertanggunjawab terhadap kejadian ‘air busuk’ di Selangor ini. Adakah Kerajaan Negeri, Puncak Niaga, Pengurusan Tapak Perlupusan Sampah Bukit Tagar (yang diurus oleh KUB-Berjaya Enviro Sdn. Bhd.)? Atau setiap pihak pun perlu menanggung sebahagian daripad atanggungjawab?

Kita tidak harus lupa bahawa apabila Projek Perlupusan Sampah Bukit Tagar diumumkan pada November 2004, pihak berkenaan pernah menyatakan bahawa tapak perlupusan sampah itu merupakan tapak perlupusan yang moden dengan mana satu lapisan bahan kalis air yang dibina di bawah tapak berkenaan untuk mengelakkan air sisa untuk meresap ke dalam tanah dan kemudian mencemari air Sungai Selangor. Walapun begitu, Menteri Besar Selangor hari ini pula menyatakan bahawa beliau sangsi terhadap langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang dijalankan oleh tapak perlupusan sampah berkenaan.

Lebih-lebih lagi, DAP Selangor berasa terkejut dengan kenyataan Menteri Besar bahawa “masalah pencemaran Sungai Selangor timbul sejak tapak pelupusan sampah seluas 800 hektar itu mula beroperasi tahun lepas”. Jikalau begitulah kenyataan Menteri Besar, maka mengapa Kerajaan Negeri meluluskan projek ini? Ataupun Kerajaan Negeri terpaksa meluluskan projek ini atas tekanan daripada Kebinet?

Oleh yang demikian, kami menyeru Kerajaan Negeri Selangor Negeri Maju di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo perlu mempamekan mentaliti ‘Negeri Maju’ dengan membentangkan satu Laporan Kulit Putih di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan bersidang pertengahan bulan ini bagi menerangkan sebab-sebab pencemaran air serta tindakan-tindakan susulan yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana syarikat yang menyalahi undang-undang.

(04/03/2006)


* Lau Weng San, Setiausaha Penerangan DAP Selangor

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: