http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Ketua Polis Negara patut menarik balik arahan mewajibkan pegawai polis wanita memakai tudung semasa acara rasmi
 


Kenyataan Akhbar
oleh Fong Po Kuan

(Parlimen,  Selasa): Pemuda DAP menyeru Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar agar menarik balik arahan mewajibkan pegawai polis wanita termasuk pegawai bukan Islam memakai tudung semasa acara rasmi.

Laporan media telah melaporkan bahawa Tan Sri Mohd Bakri telah mengeluarkan satu arahan ke atas semua pegawai polis wanita termasuk pegawai wanita bukan Islam mewajibkan mreka memakai tudung semasa acara rasmi di atas alasan keseragaman.  Beliau turut menyatakan bahawa tudung tersebut boleh ditanggalkan selepas acara rasmi.

Tambahan, beliau menekankan bahawa adalah digalakkan pegawai wanita memakai tudung di sepanjang masa walaupun ia bukan satu kesalahan displin, jika mereka memilih tidak memakainya di lain masa.

Pemuda DAP berpendapat alasan mewajibkan pemakaian tudung semasa acara rasmi bagi keseragaman adalah langsung tidak boleh diterima.  Arahan ini adalah bercanggahan dengan kebebasan memupuk agama setiap individu.

Tambahan, kenyataan Bakri bahawa tudung tersebut boleh ditanggalkan selepas acara rasmi ini, bukankah ia turut menyampaikan satu persepsi yang salah berkenaan pemupukan agama Islam oleh individu beragama Islam tersebut atau penghormatan oleh individu bukan Islam ke atas agama Islam.

Bakri cuba bayangkan pandangan rakannya ke atas pegawai wanita yang menanggalkan tudungnya  selepas acara rasmi itu, jika pegawai wanita tersebut berani untuk berbuat demikian.

Walaupun ia bukan satu kesalahan displin, kata-kata Bakri bahawa pegawai wanitanya digalakkan untuk memakai tudung sepanjang masa,  jelas ia akan menimbulkan  satu bentuk  penekanan tersirat ( implied pressure)  ke atas pegawai wanitanya.

Pemuda DAP ingin meminta agar cara pemakaian pakaian kaum wanita harus dihentikan dijadikan sasaran oleh pihak berkuasa atau pegawai atasan.

Bakri patut memberi fokus ke atas pembaikan perkhidmatan dan imej Polis Diraja Malaysia dan bukannya perkara remeh temeh ini.

Sebelum ini, pegawai wanita bukan Islam yang bertugas di dalam Dewan Rakyat diperlukan atas alasan galakan memakai tudung tetapi ia telah dihentikan selepas DAP membangkitkan perkara tersebut dan Tan Sri Speaker, Tan Sri Ramli Ngah Talib memutuskan bahawa pegawai wanita bukan Islam tidak diwajibkan untuk memakainya.

(22/03/2006)


* Fong Po Kuan, Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP dan Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: