http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Ucapan perbahasaan YB Chong Eng , Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 22 March 2006
 

Ucapan Perbahasan
oleh Chong Eng

(Parlimen,  Selasa):

Dari 1984 hingga 2006”Feb, terdapat 87 kes rogol –bunuh, Dari jumlah 87 kes yang kejam  ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesai dengan pesalah dijatuh hukuman.                      

Tempoh                      Jumlah kes       kes dijatuh hukuman     K/s

1980-85                             3                               1                         1
1986-90                             9                               1                         2

 Jumlah                              12                               2                         3

1991-1995                        13                               7                        7
1996-2000                        26                               1                        5

Jumlah                                39                               8                       12

2001-2005                        32                              12                      15
2006(Jan-Feb)                    4                                1                        1

Jumlah                                36                              13                     16

Jumlah besar                    87                              23                     31 

Statistik menunjukkan:

1. Semua mangsa kes rogol-bunuh adalah wanita, ramai diantaranya adalah kanak-kanak kecil, yang termuda sekali hanya berumur enam tahun. Ini menunjukkan bahawa wanita dan kanak-kanak kecil menjadi mangsa kes rogol dan bunuh bukan kerana mereka berpakaian seksi. Tetapi kerana mereka adalah golongan lemah yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri. (give examples)

2. Tiada kes rogol kemudian bunuh sebelum tahun 1984. Tetapi dua pertama tahun ini telah berlaku 4 kes .  Mangsa di Nibong Tebal, namanya Kalaiselvi, hanya berusia 7 tahun. Saya minta pihak kementerian memberi tahu dewan yang mulia ini perkembangan terkini kes ini.

Salah satu 4 kes ini berlaku di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada 15 Jan 2006.  Mangsa kes ini, Chee Gaik Yap, berumur 25 tahun, baru  lepasan Universiti dan mula bekerja. Beliau didapati hilang semasa jogging pada petang itu. Mayatnya ditemui ditepi jalan berdekatan tempat belaiu hilang 10 jam kemudian. Beliau dirogol, diliwat sebelum dibunuh. Dalam satu jawapan kepada saya pada 15 Mar, Menteri  keselamat dalam negeri mengatakan 18 orang telah ditangkap secara rambang oleh pihak polis dan dijalani ujian DNA. Kesemuanya telah dibebaskan kerana ujian DNA terdapat negative.

Saya ingin mendapat penjelasan samada menangkap orang secara rambang dan dijalani ujian DNA merupakan prosidur yang biasa digunapakai oleh polis dan apakah sebabnya ia digunakan dalam kes ini.

Kes Chee Gaik Yap bukan kes pertama culik-rogol kemudian bunuh yang berlaku di Sungai Petani. Pada 13 Mei 1996, Seorang wanita , K.Mariadhyee, 40 tahun, dirogol bergiril-giril oleh empat lelaki dan kemudian dibunuh. Pada 21 Dis 2004, Siti Syazwani, 9 tahun , didapati hilang dalam perjalanan pulang dari kelas Al Qoran. Mayatnya ditemui esokan hari separuh bogel. Beliau dirogol sebelum dibunuh. Indeks jenayah kawasan Sungai Pertani meningkat dari 2,503 kes pada tahun 2000 ke 2,876 kes pada 2005.  Penduduk-penduduk di Sungai Petani meminta saya mendapat penjelasan daripada YAB yang mereka sayangi apakah sebabnya indeks jenayah di Bandar mereka semakin meningkat dan apakah langkah yang akan diambil untuk menurunnya.

10 hari selepas kes Chee Gaik Yap, berlaku satu kes lagi di Johore BAhru, mangsa kali ini ialah Syafiqah Bt Borhan, berusia 15 tahun. Beliau hilang dalam perjalanan ke perhentian bus pada awal pagi 25 Jan. Mayatnya ditemui dua hari kemudiaan, dipercayai dirogol sebelum dibunuh. Syafiqah, bertudung, adalah seorang pelajar yang cemerlang disekolah dan penah mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah pada tahun 2003.

Walaupun kemudiaan berlaku, tetapi kes Syafiqah telah seleisa dengan pihak polis berjaya menangkap seorang suspek dan menuduhnya dimahkamah pada 27 Feb. Walau bagaimana pun, saya harap pendakwa raya  kes Syafiqah dapat berjaya membuktikan suspek inilah yang melakukan keganasan terhadap mangsa dan dijatuhkan hukuman. Bukan seperti kes Syazwani, pihak polis tidak dapt memberi bukti yang kukuh sehingga suspek dibebaskan walau pun polis berjaya menangkap 14 orang suspek dalam 24 jam dan polis mengatakan salah seorangnya telah mengakui kepada polis bahawa dia menrogol dan membunuh Syazwani.

Di sini,  Sekali lagi saya diminta oleh keluarga Chee Gaik Yap untuk menanya kepada YAB menteri, mengapakah polis di Johore Bahru dapat menyelesaikan kes Shafiqah  tetapi polis di Sungai Petani pula masih tidak dapat menyelesaikan kes Chee Gaik Yap. Saya rasa mereka harus diberi penjelasan untuk memahaminya kesulitan yang dihadapi pihak polis untuk mengelakkan sebarang salah sangka yang mungkin akan menjejaskan nama baik  PDRM. 

Saya cadangkan pihak polis kumpulkan semua kes rogol-bunuh yang mereka berjaya seleisa dan jatuh hukuman dan juga kes yang tidak berjaya untuk membuat analisa dan kajian. Saya rasa langkah ini dapat membantu pihak polis untuk menyiasat kes-kes jenis ini pada masa yang akan dating.

Angka statistic menujukkan jumlah Kes rogol kemudiaan bunuh semakin meningkat dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Ini bermakna keselamatan kaum wanita khasnya kanak-kanak perempuan semakin diancam semasa Negara kita semakin maju.

Saya rasa kita harus bersama-sama merennung: mengapa jenayah rogol-bunuh semakin menjadi-jadi? Adakah ini  hasil sampingan modal pembangunan kita? Saya menyeru kerajaan menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti puca-punca jenayah seks yang semakin ganas terhadap wanita dan kanak-kanak dinegara ini, Supaya kita dapat menangani jenayah kejam  ini dengan lebih berkesan

Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada YAB Perdana menteri selaku menteri keselamatan dalam negeri, samada beliau sedar tentang trend yang membimbangkan ini dan apakah tindakan beliau untuk menangani masalah ini? Adakah Gender Focus point committee pernah membincang gejala ini dan sekira ada apakah agensi-agensi yang diberi tangggung jawab untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mengatasi masalah ini? Sekiranya Jawatan kuasa yang diterajui oleh YAB masih belum membincangkan jenayah yang mengancam keselamatan kaum wanita dan kanak-kanak ini, saya memohon  beliau  memberi prihatian kepada isu ini paada masa depan yang dekat, jangan tunggung lama-lama, nanti naywa anak orang terkorban lagi.

Selain daripada ancaman rogol-bunuh, kaum wanita dan kanak-kanak juga berdepan dengan jenayah rogol yang juga semakin meningkat setiap hari. Kes rogol telah meningkat dari 1,429 kes pada tahun 1997 ke 1,718 kes pada tahu n 2004.  Ini bermakna pada tahun 2004, secara purata, setiap hari berlaku 4.7 kes rogol. Ini hanya merupakan kes-kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis. Mengikut tafsiran Women Aids Organisation berdasarkan kajian, setiap kes rogol dilaporkan kepada polis, sekurang-kurangnya terdapt 3 kes tidak dilaporkan.

Ini bermakna jumlah kes rogol adalah lebih tinggi lagi. Saya ingin memperingatkan YB-YB dalam dewan yang mulia ini, semua mangsa jenayah rogol, mengikut definasi undangan-undang sekarang, adalah kaum wanita dan kanak-kanan perempuan .

Satu lagi ancaman jenayah yang dihadapi kaum wanita ialah jenayah ragut . Jumlah kes ragut juga telah meningkat daripada 14,640  kes pada  2002 ke 15,798 kes pada 2003

Sin Chew Daily 15 Nov 2005, front page news – Johore state police provide free protection service to people who want to draw money from bank to prevent robbery. Saya menyebut baik kepekaan pihak polis untuk memberi perlingungan percuma. Tetapi kita patut berfikir, mengapakah keadaan telah merosot sampai keadaan ini? Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini satulah tanda keselamatan awam telah merosot kepada satu tahap yang memimbangkan. Ucapan titah baginda menggatakan keselamat masih terkawal. Saya rasa ini tidak cukup baik. Masih terkawal hanya satu langkah dari tidak terkawal!

Kedudukan social dan ekonomi wanita memang telah semakin meningkat kalau berbanding dengan generasi ibu kita  Wanita walaupun lebih diancam oleh jenayah dan keganasan .

Dalam perspertif ini, saya ingin menyeru kepada YAB perdana menteri selaku menteri keselamatan dalam negeri supaya memberi prihatian yang khusus kepada jenayah –jenayah ya ng lebih mengancam kaum wanita dan kanak-kanak. Diantara lain, saya mencadang:

 

1.     Menubuhkan cawangan khas jenayah seksual dan juga jenayah-jenayah yang lebih mengancamkan kaum wanita dan kanak-kanak, di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

2.     Menambahkan anggota-anggota polis wanita supaya dapat secara lebih peka dan sensitive mengenalikan kes-kes jenayah. Saya difahamkan pada tahun 2005, kita hanya mempunyai 8% polis wanita. Saya harap angka ini akan ditingkatkan kepada 30% dalam lima tahun yang akan dating.

3.     Menambahkan  anggota polis seperti yang dicadangkan Suruhanjaya Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

4.     Menerimapakai cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang kepada The Parliamentary Select Committee on Integrity untuk merombak  semula struktuk PDRM, menjadinya satu agensi yang memberi perkhidmatan bebas daripada executive politik.

(22/03/2006)


* Chong Eng , Timbalan Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: