http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

One of the 945 top scorers in last year’s SPM with a straight eleven 1As Loke Tzi Yang was not even given a chance to go for interview for PSD scholarships – Appeal to PM to reverse PSD’s decision.
 


Media Conference Statement
by Loke Siew Fook


(Putrajaya, Wednesday): Loke Tzi Yang who scored a straight eleven 1As in last year’s SPM but denied a Public Services Department (PSD) scholarship even before the interview stage has brought his plight to the DAP through our online channel – our party website at www.dapmalaysia.org . The DAP Headquarters subsequently forwarded his email to me as Tzi Yang studied in SMK St. Paul which happened to be my alma matter and also located in my constituency, Lobak. Tzi Yang is not a Seremban boy and he hails from Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Since Form 4, he traveled early in the morning everyday by bus to come to school. The journey took him at least two hours thru and flows daily.

 

His hard work and high discipline finally paid off when he scored an excellent eleven 1As in his SPM examination last year. Upon receiving his results, he immediately applied for PSD scholarships in hoping to further his studies overseas. He also applied for the admission to the local universities (IPTA) as a form of “insurance”. However, his heart was broken when he found out that he was not even short-listed for interviews for the PSD scholarships although he was one the top 945 students nationwide. He did appeal to the PSD for the interview but it was subsequently rejected with a letter dated 26th April 2006. The PSD did not give any specific reason for the rejection but merely said it was due to the intense competition among students.

 

His heart was broken for the second time when he found out a few days ago through the Ministry of Higher Education’s website that his application for admission to the local universities (IPTA) for SPM-leavers was also rejected! There were more that 20,000 places in the IPTA offered for SPM-leavers this year but not even a single place reserved for this straight As student.

 

I’m very puzzled and sad with his predicament. I’ve promised to him and his family to do my best to highlight his case and help him to appeal to the highest level in the country - the Prime Minister.

 

 

My letter of appeal on behalf of Loke Tzi Yang is as follows:

 

23 Mei 2006

 

YAB Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia

Pejabat Perdana Menteri

Bangunan Perdana Putra

62502 PUTRAJAYA.

 

YAB Dato’Seri,

 

RAYUAN UNTUK BIASISWA JPA PROGRAM PENAJAAN LUAR NEGARA UNTUK PELAJAR CEMERLANG SPM 2005

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.         Saya ingin membuat rayuan kepada YAB Dato’Seri supaya menimbang untuk memberikan biasiswa JPA (Program Penajaan Luar Negara) kepada seorang pelajar cemerlang SPM 2005 yang bernama Loke Tzi Yang. Untuk makluman YAB, pelajar tersebut Sdr. Loke Tzi Yang (No K/P: 881020-05-5299) dari Sepang, Selangor tetapi menuntut persekolahan di SMK St. Paul, Seremban telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas iaitu mendapat gred A1 dalam semua subjek yang diambilnya iaitu keseluruhan 11 A1.

 

3.         Pelajar ini telah belajar bersungguh-sungguh dan perlu menaiki bas dari rumahnya di Sepang untuk pergi ke sekolahnya di Seremban setiap hari sejak di Tingkatan 4 lagi. Keputusannya dalam peperiksaan SPM adalah cukup cemerlang dan beliau merupakan salah seorang daripada jumlah 945 pelajar cemerlang yang mendapat A1 dalam semua subjek di seluruh negara pada tahun ini. Tambahan pula, beliau juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan akademik mewakili sekolahnya termasuk merangkul Sijil Gangsa dalam Pertandingan Fizik Kebangsaan anjuran Institut Fizik Malaysia. Pelajar ini berasal dari sebuah keluarga yang sederhana dan tanpa biasiswa JPA, adalah mustahil untuk pelajar ini melanjutkan pelajarannya di luar negara.

 

4.         Saya membuat rayuan kepada YAB kerana kes ini merupakan satu kes yang spesifik dan perlu dipertimbangkan semula oleh pihak kerajaan. Pada tahun ini, JPA memberikan sejumlah 1,300 biasiswa luar negara kepada pelajar-pelajar cemerlang daripada jumlah permohonan sebanyak 15,000. Yang anehnya, walaupun pelajar ini merupakan salah seorang daripada 945 pelajar paling cemerlang dari seluruh negara tetapi beliau langsung tidak dipertimbangkan malah pelajar ini tidak dipanggil langsung untuk sesi temuduga JPA. Permohonannya telah digugurkan sebelum peringkat temuduga lagi walaupun keputusannya yang sangat cemerlang. Lebih malang lagi, permohonannya untuk program pengajian di IPTA untuk lepasan SPM bagi sesi akademik 2006/2007 juga tidak berjaya. Saya difahamkan bahawa IPTA pada tahun ini menawarkan lebih 20,000 tempat untuk lepasan SPM tetapi adalah tidak masuk akal sama sekali sekiranya seorang pelajar cemerlang ditolak permohonannya.

 

5.         Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri pada tempoh hari, objektif utama Teras Kedua yang berbunyi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama” ialah memperkukuhkan modal insan negara. Sekiranya seorang pelajar cemerlang yang berjaya mencapai keputusan semua A1 dalam semua subjek yang diambilnya tidak dipertimbangkan untuk mendapat biasiswa tajaan kerajaan, ini adalah bertentangan dengan prinsip dan objektif RMK-9.

 

6.         Saya merayu kepada YAB Dato’Seri supaya dapat mengarahkan pihak JPA untuk mempertimbangkan semula permohonan Sdr Loke Tzi Yang supaya beliau diberi peluang samarata untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya menyertakan segala dokumen dan bukti yang berkaitan untuk pertimbangan YAB. Pertimbangan yang sewajarnya daripada YAB Dato’ Seri sangatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian saya maklumkan.

 

 

Berkhidmat untuk rakyat,

 

 

………………………………….

YB Loke Siew Fook

Ahli Dewan Undangan Negeri

Kawasan Lobak

Negeri Sembilan

 

(24/05/2006)


* Loke Siew Fook, DAPSY National Secretary cum NS State Assemblyman for Lobak

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: