6
November 2007
(Menerusi Setiausaha Sulit
Kepada TYT Tuan Shamsudin bin
Salim)
Tuan Yang Terutama Tun Datuk
Seri Utama Mohd. Khalil bin
Yaakob,
Yang di Pertua Negeri Melaka,
Pejabat Tuan Yang Terutama
Yang di Pertua Negeri,
Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh,
75450 Melaka.
DENGAN TANGAN
Tuan Yang Terutama Tun Datuk
Seri Utama,
Membela kemuliaan darjah
dan martabat Melaka dengan
menarik balik penganugerahan
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)
daripada Hasnoor bin Sdg
Husin yang mempunyai rekod
jenayah pecah amanah dan
ditegur keras oleh YAB
Perdana Menteri kerana
membuat ucapan ekstremis yang
mengancam kaum bukan Melayu.
Dengan segala hormatnya dan
penuh rendah diri kami ingin
memohon TYT membela kemuliaan
darjah dan pingat kebesaran
negeri Melaka serta martabat
Melaka dengan menarik balik
penganugerahan DMSM daripada
Hasnoor bin Sdg Husin yang
mempunyai rekod jenayah pecah
amanah dan ditegur oleh YAB
Perdana Menteri pada Disember
2006 kerana membuat ucapan
ekstremis pada Persidangan
Agung UMNO tahun lepas yang
mengancam kaum bukan Melayu.
Hasnoor telah dianugerahkan
DMSM pada 29 Oktober 2007
bersama dengan 87 orang
penerima darjah ini. Selama
ini TYT telahpun memastikan
penerima anugerah DMSM perlu
mempunyai sifat mulia dan
kelakuan baik selain daripada
sumbangan terpuji kepada
masyarakat umum di Melaka.
Oleh demikian kami ingin
menarik perhatian TYT bahawa
Hasnoor gagal memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan
sepertimana yang tercatit
dalam surat yang dilampirkan
bersama.
Hasnoor disabitkan kesalahan
pecah amanah di bawah seksyen
409 Kanun Keseksaan dan telah
dijatuhi hukuman 9 bulan
penjara oleh Mahkamah Sesyen
Melaka pada 28 April 1995.
Selepas rayuan ke Mahkamah
Tinggi Melaka terhadap
hukuman berat, pada 16
Oktober 1995 hukuman telah
diringankan kepada 1 hari
penjara dan denda RM 1,500
jika gagal bayar 6 bulan
penjara. Dengan kata lain,
Hasnoor adalah penjenayah
pecah amanah!
Selain itu Jawatankuasa
Pengurusan UMNO telah
memberikan teguran keras
kepada Hasnoor kerana membuat
ucapan berapi-api dan
ekstremis yang mengugut kaum
bukan Melayu pada Persidangan
Agung UMNO 2006 tahun lepas.
Dalam siaran secara langsung
di kaca mata televisyen
Hasnoor memberikan amaran
kepada kaum bukan Melayu
bahawa UMNO sedia
mengorbankan nyawa dan
bermandi darah untuk
mempertahankan bangsa dan
agama.
YAB Perdana Menteri Datuk
Seri Utama Abdullah Badawi
telahpun menyatakan pada
Disember 2006 bahawa Hasnoor
adalah di antara tiga
pemimpin UMNO yang diberikan
teguran keras atas ucapan
melampau yang boleh
merosakkan hubungan kaum. YAB
menambah mereka telahpun
diberikan amaran untuk
berhati-hati semasa berucap
agar tidak menyalahi
undang-undang.
Nasihat YAB Perdana Menteri
nampaknya terlewat kerana
beliau tidak dimaklumkan
bahawa Hasnoor telahpun
menyalahi undang-undang
jenayah lebih awal lagi pada
tahun 1995. Kami yakin bahawa
TYT juga tidak dimaklumkan
tentang rekod jenayah dan
juga sejarah ekstremis berbau
kaum anti-bukan Melayu oleh
Hasnoor yang menjadikan
beliau tidak sesuai
dianugerahkan DMSM.
Kami memohon agar TYT
mengambil tindakan yang
sewajarnya agar pengaugerahan
darjah dan bintang kebesaran
tidak tercemar oleh pihak
yang tidak layak menerimanya.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
_____________________
(LIM GUAN ENG)
SETIAUSAHA-AGUNG
(6/11/2007)
* Lim Guan
Eng,
Secretary-General of DAP |