http://dapmalaysia.org
Forward
Feedback
Sasaran 30% pembuat dasar wanita dan
30% ekuiti bumiputra by
Chong Eng (Parliament, Thursday):
Sasaran 30% % pembuat dasar
wanita merupakan salah satu pelan tindakan yang di setujui pada
tahun 1995 di konvensyen wanita sedunia keempat di Beijing pada tahun
1995. Sasaran ini sepatutnya dicapaii pada tahun 2005 tetapi Malaysia
gagal mencapaiinya . Kerajaan BN perlu menunjukkan komitmen untuk
mencapaii sasaran ini dalam RM Ke9. Saya menyeru Perdana Menteri,
selaku pengerusi Cabinet Committee on Gerder Equality memberitahu
Dewan yang mulia ini bagaimana beliau akan mencapaii sasaran ini
dari sekarang untuk menunjukkan komitmen beliau dalam isu ini. Seperti yang pernahh dikatakan oleh YB Padang
Serai dalam ucapan beliau didalam dewan ini, 30% ini adalah sasaran
minima, yang diperlukan untuk membawa perubahan yang bermakna. Jadi
30% ini adalah sasaran dan bukan quota yang dituntut oleh kaum wanita.
Quota memberi gambaran bahawa 30% ini mesti diisi tidak kira kelayakan
, atau memberi gambaran kelayakan akan dikompromi. Pada reality kita
tahu ini tidak benar. Sasaran ini merupakan satu dasar “affirmative
action” untuk meningkatkan bilangan pembuat dasar wanita, tanpa
kompromi kelayakan, supaya padangan dan perspertif wanita diarus
perdanakan dalam setiap keputusan dan sector. Dengan pendek kata, apa yang kami tuntut ialah
apabila calon wanita dan calon lelaki sama kelayakan, berilah peluang
kepada calon wanita. Demi kebaikan semua. Konsep ini harus difahami
semua, khasnya pembuat dasar didalam kerajaan termaksu YAB PM and
menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan , supaya dasar ini dapat
dilaksanakan dengan tepat dan lancer. Dalam konteks ini, saya rasa pembuat dasar dalam
kerajaan masih kurang jelas dengan konsep ini kerana ia menganggap
sasaran 30% ini sebagai “quota”. Muka surat 288, Bab 13 ,ia
mengatakan: “Recognising the important role of women in national
development, the government agreed to implement the quota of at least
30 per cent of decision-making positions in the public sector to be
held by women”. Mungkin kementerian mempunyai sebabnya memilik
mengguna perkataan quota dan bukan sasaran. Mungkin juga menteri yang
bertanggung jawab masih kurang jelas dengan dasar ini dan perlu diberi
kursus tambahan. Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan
masyarakat pada tahun 2003 telah mengumumkan satu pilot projek untuk
memberi latihan kepada pegawai di beberapa kementerian berhubung
dengan konsep gender budgeting, supaya konsep ini dapat
diintergrasikan kedalam RM ke-9. akan tetapi baget 2006 tidak memberi
maklumat tentang perkembangan projek ini. Oleh yang demikian, suka
saya memohon penjelasan daripada menteri menteri berkenaan. Ucapan YAB langsung tidak sebut tentang gender
budgeting dan Gender focal points di setiap kementerian walaupun
beliau mengatakan Malaysia sentiasa menghormati prinsip kesaksamaan
gender. Mungkin beliau anggap gender budgeting dan gender focal points
kurang penting kepada wanita berbanding dengan sumbangan seri rumah
tangga. Saya ingin beri tahu beliau, sumbangan seri rumah tangga dan
juga ibu yang bekerja memang besar dan harus diberi peniktirafan.
Tetapi pengiktirafan secara percakapan sahaja tidak akan membawa
perubahan kedudukan kaum wanita yang selalu dianggap ditempat kedua
dan bukan saksama. Gender budgeting dan gender focal points merupakan
janji kerajaan untuk mengarus perdanakan pandangan wanita dan harap
melalui langkah ini kita dapat mencapaii kesaksamaan gender. Jadi saya ingin menanya apakah perkembangan
pewujudan gender focal points di setiap dan semua kementerian?
Berapakah kementerian telah terujud gender focal points? Apakah
program telah dilaksanakan dalam tahun 2005 dan apakah program yang
telah dirancang untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang dalam
RM ke-9? Adakah gender focal points di kementerian ini diberi
peruntukan? Jika ada, berapa? Jika tiada, bagaimana ia akan
menlaksanakan programnya? Siapakah yang dilantih ke gender focal
points ini? Apakah term of refernce? Bolehkah lelaki diberi
tanggungjawabkan untuk mengarus perdanakan perspertif wanita? Saya
harap soalan-soalan ini diberi jawapan secara perinci. Dalam “ strengthening National Machinery and
institional capacity” dan “advancing issue pertaining to women at the
national level”, mk surat 293 dalam RMke-9, beberapa strategies telah
digariskan oleh kerajaan tanpa memberi pelan tindakan dan program yang
konkrest. Saya memohon satu talimat diadakan untuk ahli-ahli yang
berhormat yang minat tahu, dan saya cadangkan diadakan secepat mungkin,
dalam mesyarat ini juga. Wanita-wanita yang bijak pandai dan berkebolehan
seperti Marina Mahathir dan Nori Abdullah berpendapt kedudukan wanita
beragama Islam di negara ini bukan semakin maju, tetapi semakin mudur.
Adalah juga wanita-wanita professional Islam merasa mereka dilayan
sebagai warga kelas ketiga (third class citizen) kerana mereka
didiscriminasi oleh undang-undang syariah. Saya harap kerajaan BN yang
diterajui YAB sedar bahawa kaum wanita didalm Negara ini tidak lagi
akan berpuas hati dengan janji-janji kosong dan perkataan-perkataan
yang manis. Kami mahu YAB dan kerajaan kotakan janji dan “walk the
talk” atau cakap sama bikin. Kementerian Pembangunan wanita, keluarga dan
masyarakat telah komission sebuah syarikat consultant untuk mengkaji
balik Dasar Wanita kebangsaan (National Policy on Women) tahun lepas.
Saya difahami bahawa maklumat-maklumat yang dikumpul oleh konsultansi
ini adalah sulit dan tidak boleh diumumkan? Adakah ini benar?
Bagaimana laporan kajian sebagini juga diklasify sebagai rasiah rasmi.
Kajian ini untuk siapa kalau bukan rakyat? Kementerian telah menganjurkan satu conference
dua hari pada 19hb September 2005 untuk wakil-wakil dari NGO wanita
dan pihak syarikat consultant untuk bersama-sama mengkaji
maklumat-maklumat yang telah dikumpul oleh consultant. Saya
difahamkan wakil-wakil NGO “walk out of the meeting” kerana mendapati
cadangan-cadangan yang dibentangkan oleh syarikat konsultancy itu
tidak sesuai dan juga menunjuk kekurangan kefahaman kerisauan kaum
wanita. Pada helmat saya, ini merupkan dakwaan yang berat.
Ini bermakna wakil-wakil NGO berpendapat consultant ini kurang
kompeten dan tidak dapat menjalankan tugas yang dipertanggung jawabkan
kepadanya oleh kementerian. Saya tidak ingin berpihak kepada siapa
sehingga saya dapat mengkaji laporan berkenaan dengan mata diri saya.
Saya faham wakil-wakil NGO juga mungkin salah
tafsir dalam perkara ini. Jadi saya rasa penyelesaian yang paling baik
ialah untuk kementerian mengumumkan laporan berkenaan supaya sesiapa
yang berminat dapat membuat penilaian sendiri selepas membaca dan
mengkajinya. Saya rasa kementerian tidak patut merasa berat
untuk mengumumkan laporan ini jika apa yang didakwa oleh wakil-wakil
NGO adalah tidak berasas. Sebaliknya, jika kementerian tidak ingin
membuat demikian ia akan memberi satu pandangan bahawa dakwaan pihak
NGO adalah benar. Jadi saya rasa ketelusan dan kejujuran masih adalah
prinsip terbaik dalam perkara ini. Kementerian juga diingatkan bahawa
duit rakyat telah belanja dalam kajian ini. Oleh yang demikian rakyat
berhak membaca laporan nya Pada waktu sekarang kementerian juga dalam proses
mengkommission consultant untuk mengkaji cara untuk mencapaii sasaran
30% pembuat dasar wanita. Saya berbesar hati jika YB menteri dapat
memaklumkan dewan yang mulia bagaimana consultant dipilih, siapakah
consultant ini, berapakah bayarannya dan apakah criteria memilihnya.
Saya rasa kementerian harus belajar dari peristiwa lalu dan jangan
mengulangi sebarang silap yang pernah berlaku. Sasaran 30% pembuat dasar wanita adalah tidak sama dengan dasar
penututan 30% ekuiti bumiputra. Sasaran 30 % pembuat dasar wanita
ialah untuk mengimbangkan perwakilan diantara dua gender, lelaki dan
wanita. Dasar 30% ekuiti ialah matalamat ekonomi, digubal pada
tahun 1970, bermatalamat mencapaikan keseimbangan perolehan ekonomi
diantara Bumiputra, bukan bumiputra dan warga asing dari kadar
2.4:33:63 pada 1970 ke satu kadar yang lebih saksama iaitu 30:40:30
pada tahun 1990. Kaum wanita bukan sahaja kurang perwakilan dalam
peringkat membuat keputusan, tetapi juga juah kebelakangan dibidang
ekonomi, politik dan sosio-budaya berbanding dengan kaum lelaki.
Tetapi keadaan untuk bumiputra melayu adalah berlainan. Kaum bumiputra
Melayu mengkuasai kerajaan, sector awam termaksu PDRM dan Tentera. Ia
hanya lemah dalam bidang ekonomi, dan mungkin juga bidang pendidikan
pada zaman selepas merdeka. Tetapi keadaan telah berubah setelah pelaksanaan
dasar ekonomi baru. Statistik rasmi menunjukkan Ekuiti bumiputra telah
meningkat ke 18.7% pada tahun 2004 dan bumiputra Melayu mengkuasai
lagi dua bidang, iaitu academia di univerisiti awam dan sektok
pembankan. Kebanyakan contract kerajaan ditawar kepada kontrator
bumiputra Melayu. Pemberian lessen dan permit, seperti AP, bumiputra
malayu diberi keutamaan. MARA ditubuh khas untuk meningkatkan jumlah
pelajar bumiputra melayu di ITPA, biasiswa disediakan khas untuk
bumiputra, yang seterusnya meningkatkan bilangan professional
bumiputra melayu. Berbagai dana dan peruntukan dan juga
mekanisma-mekanisma yang lain diwujud khas untuk membolehkan bumiputra
melayu mencaburi bidang peniagaan. Ramai berjaya, ramai juga tidak
berjaya. Pada waktu yang sama, ramai peminpin, termaksu
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan juga PM sekarang, telah
mendapati bahawa pelaksanaan dasar ekonomi baru telah mengakibatkan
budaya subsidi dan bergantung kepada tongkat. Perdana menteri sekarang
pernah mengatakan kalau mentality subsidi tidak berubah, pada suatu
hari yang akan datang, kecacatan akan bertambah teruk, tongkat akan di
ganti kereta roda, kerana sudah tidak boleh jalan, apa lagi berdiri
atas kaki sendiri. Jadi saya merasa hairan RM ke-9 lagi memanjangkan
pelaksanaan dasar tuntutan 30 % equiti bumiputra, yang telah
dikenalpasti tidak sustainable, khasnya dalam era globalisasi yang
utamakan daya siangan. Dasar equiti 30% juga didapati hanya mengkayakan
segelintir individu yang sudah pun kaya, kerana hanya mereka yang kaya
mampu membeli saham yang ditawarkan kepada bumiputra dengan harga yang
lebih murah. Jadi ini mengakibatkan yang kaya jadi lebih kaya dan yang
miskin kekal miskin. Selain daripada itu, terdapat kajian menggatakan
sebenarnya ekuiti bumiputra dalam korporat telah pun melebihi 30%. Saya hayati Malaysia menjadi sebuah Negara yang
maju, semua rakyat dapat menikmati pembangunan secara adil dan
saksakma, berdaya siang di arena antara bangsa. Saya ingin Siswazah
kita, tak kira agama dan bangsa, berkelayakan tinggi dan boleh dapat
kerja dimana-mana Negara, dari Amerika, England, Europe,Cina, India ke
Afrika, dan bukan seperti sekarang menjadi ramai menjadi pengganggur
kerana tidak cukup layak digaji. Saya suka kawan-kawan bumiputra saya dapat
bersiang dengan bukan bumiputra tanpa dasar ekonomi baru, supaya kita
menjadi lebih handal sebagai warganegara Malaysia. Tun Mahathir dan
juga YAB Perdana Menteri pernah menasihatkan bumiputra melayu mengubah
minda, jangan bergantung kepada subsidi dan tongkat, bukan kerana
mereka tidak sayang bangsa sendiri atau kacang lupa kulit. .
Sebaliknya, mereka adalah benar-benar sayangkan bangsanya, kerana
mereka tahu pada masa jangka panjang, hanya daya siangan dapat membela
bangsa Melayu dan bangsa Malaysia, memastikan kita tidak tertinggal
dibelakang pada masa depan. Hanya pemimpin yang betul-betul sayangkan
rakyatnya sudi memberi nasihat yang tidak popular, tetapi berfaedah
kepada semua , seperti ubat pahit, tetapi boleh sembuh penyakit. Pihak kami disini ,khasnya YB Ketua Pembangkang,
juga banyak menegur kelemahan pihak kerajaan , itu adalah kerana kami
juga sayangkan rakyat dan Negara Malaysia. YB-YB yang bijak- sana akan
tahu teguran kami, juga seperti ubat pahit, dan nasihat yang tidak
popular, adalah demi kepentingan rakyat dan masa depan Negara.
Pemanjangan dasar ekonomi yang berasaskan kaum setelah Negara merdeka
hamper 50 tahun menghampakan rakyat, khasnya golongan bukan bumiputra
dan juga bumiputra yang tidak setuju dengan dasar ekuiti 30% bumiputra. Kami berpendapat dasar “affirmative action” atau
pun sebarang “positive discrimination” tidak harus lagi berasaskan
bangsa, tetapi berasakan kedudukan sosio-ekonomi. Maksudnya, memberi
bantuan berdasarkan keperluan dan kelayakan , tidak kira bangsa.
Dengan cara ini, rakyat yang miskin, kurang berada, kurang bernasib
baik dan mereka yang di luar Bandar, di kampong, kampong baru dan
estat serta di pendalaman Sabab dan Sarawak, dapat dibela secara adil
dan saksama ,tidak kira gender, umur, agama dan bangsa. Pada waktu sekarang, Negara kita lebih memerlukan
pemimpin yang berani membuat keputusan yang betul untuk membolehkan
Negara Malaysia berdepan dengan cabaran-cabaran globalisasi. Oleh yang
demikian, saya harap YAB PM berazam menjadi seorang peminpin yang
berani membuat keputusan yang betul, menjadi seorang peminpin yang
dihormati dan disegani dan bukan setakat seorang peminpin yang
popular. Peminpin Negara bukan artist. Artist berhasrat menjadi
popular. Keputusan Peminpin Negara memberi kesan kepada rakyat dan
Negara bukan pada waktu sekarang sahaja, tetapi juga masa depan Negara
dan genersi-genasi yang akan datang. Salah silap keputusan, seperti
kegunaan bahasa penghantaran menghasilkan satu generasi yang lemah
dalam bahasa inggeris dan kurang berperspektif dunia. Oleh yang
demikian, peminpin-peminpin Negara harus berhati-hati semasa membuat
keputusan. Kepentingan rakyat dan Negara harus menjadi panduan dan
bukan kepentingan sendiri. Saya pohon kepada tuhan untuk memberi
kekuatan dan kebijaksana kepada beliau demi membela kepentingan rakyat
dan Negara. Tuan Yang DiPertua, Memohon tuhan memberi kekuatan dan
kebijaksanaan kepada YAB Pada pilihan raya umum yang lepas, YAB PM telah
memberi harapan kepada ramai rakyat dengan janjinya untuk membanteras
rasuah. Pada hari ini, dua tahun selepas pemenangan yang paling besar
dalam sejarah, keadaan rasuah bukan sahaja tidak dikurangkan, malahan
menurut teguran bekas perdana menteri Tun Mahathir, telah menjadi
semakin teruk . Menteri di Pejabat PM baru-baru ini juga menggatakan
rasuah sudah jadi budaya, berlaku dihampir semua peringkat. Untuk memerangi tabiat rasuah, kerajaan telah
menyediakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Tetapi, Tuan yang
Dipertua, Pelan sahaja tidak akan memerangi rasuah, sama seperti
RMKe-9 tidak akan membawa pembangunan jika kita tidak mempunyai
delivery system yang berkesan. Untuk memerangi rasuah, kita perlu ada
ahli politik, khasnya mereka yang berada dikedudukan executive seperti
menteri, dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang bersih dan yang
beramanah. Untuk mencegah rasuah, Tranparency International
(TI), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahir dalam isu rasuah
mengatakan membenteras rasuah memerlukan ketelusan. Ketelusan dapat
dicapai dengan menetapkan semua menteri, timbalan menteri, setiausaha
parlimen dan pegawai-pegawai kerajaan atasan dan ahli-ahli keluarga
terdekat mereka mengumumkan harta mereka setiap tahun. Ketelusan juga dapat ditingkatkan dengan
membenarkan media memainkan peranannya sebagai “ watchdog”,
membenarkan lebih suara dan pandangan yang berlainan. Janganlah sekat
kebebasan akhbar untuk melindungi kepentingan politik parti memerintah.
Janganlah menyusahkan media dengan tidak membaharui permit penerbitan
dan pencataan. Hukumlah akhbar yang menerbit berita palsu tetapi
janganlah gantung permit kerana kesilapan yang tidak sengaja dan tidak
diingini. Ramai menteri juga pernah memberi jawapan yang kurang tetap
didalam dewan yang mulia ini mereka tidak digantung kerja. Saya ambil
kesempatan ini untuk memohon jawapan apakah sebabnya permit penerbit
dan mencatat oriental Daily masih belum dibaharui? TI juga berpendapat sesebuah kerajaan yang
betul-betul ingin membenteras rasuah harus mewujudkan “Freedom of
information Act”, dan tiada tempat untuk “Akta Rasiah Rasmi” (Official
Secret Act). Cadangan yang ketiga TI ialah Badan Mencegah Rasuah
mesti bebas dari executive, seperti Suruhjaya Bebas dan Salah Laku
Polis (ICPMC) yang dicadangkan oleh Suruhjaya Penambahbaikkan
Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Saya merasa aneh cadangan-cadangan yang
professional ini langsung tidak diterima pakai oleh YAB PM, walaupun
beliau mengatakan masih serious ingin menghapuskan rasuah. Sikap yang sama juga ditunjuk oleh PDRM. Dimana
semua polis dikehendaki memakai lencana “saya anti-rasuah” tetapi
mereka menolak penubuhan ICPMC. Ini memberi satu gambaran bahawa
mereka hanya anti rasuah setakat memakai lencana sahaja dan bukan
mengadakan satu mekanisma yang dapat mencegah rasuah dengan berkesan. Bagitulah juga dengan Kerajaan yang diterajui
oleh YAB PM. Beliau seolah-olahnya memerangi rasuah setakat tahap
sediakan PIN sahaja, dan bukan memeranginya kehabis-habisan sampai
tahap mengadakan “Sunshine Laws” dan “Freedom of Information Act”
serta BPR ysng bebas. Pada helmat saya ini menunjukkan kekeurangan
komitmen dan keazaman politik. Mungkin beliau menghadapi masalah mendapat
sokongan daripada rakan-rakannya didalam cabinet. Kita lihat banyak
kempen dilancar oleh berbagai kementerian. Upamanya Kempen Tak Nak,
Kempen menanam bunga raya, kempen semakin hari semakin cinta, kempen
memakai baju batik, kempen lagu patriotic bahasa Melayu, kempen bahasa
baku, kempen kebersihan dan lain-lain lagi. Tetapi tiada kempen anti
rasuah, selain daripada memakai lencana “saya anti rasuah”. Saya risau dengan keadaan YAB PM yang nampaknya
kurang dapat mengawal keadaan didalam pertinya dan juga dalam isu
penubuhan ICPMC. Bukan sahaja usahanya membenteras rasuah nampaknya
kurang dapat sokongan daripada rakan-rakannya dikabinet dan ahli-ahli
parlimen didalam dewan ini, IGP juga berani melawan tauka dengan
secara terbuka menolak penubuhan ICPMC walaupun YAB telah terlebih
dahulu mengatakan PDRM perlu terima sebarang keputusan mengenai
cadangan penubuhan ICPMC. YAB memberi amaran kepada kakaitangan kerajaan
untuk melaksanakan kerja dengan baik. Kalau tidak mereka harus letak
jawatan. Dalam kes IGP Tan Sri Mohamad Bakri Omar yang jelasnya tidak
ingin PDRM, pasukan pengkuasaan yang terbesar, di mantau oleh ICPMC,
berlawanan dengan hasrat YAB, adakah YAB akan menyuruhnya meletak
jawatan untuk menunjukkan beliau memang “cakap sama bikin”? dan berani
membuat keputusan yang tidak popular tetapi betul dan baik untuk
Negara.? Sekali lagi saya memohon tuhan memberi kekutatan dan
kebijaksana kepada YAB.
(13/04/2006)
*
M.Kula Segaran, MP for Ipoh Barat, and DAP Vice Chairman |